• Gadis Kenyit Mata Sudah Menyerah…

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    Semalam baru saja kami up story tentang gadis kenyit mata yang manis ini… Apa pula dah jadi pada dia hari ni?

    Dengarnya Norsuziyana Natasya Mohd Hasim sudah nak deactive akaun Instagram, Twitter dan Facebook miliknya? Teruk sangat ke kena kecam dengan netizen sampai macam tu sekali?

    Cuma sebab kenyit mata dan melambai pun kena kecam dengan teruk?

    Haihh tak pasal-pasal sebabkan mulut longkang netizen, si manis ni nak tutup semua akaun media sosial dia. Tak boleh tengok orang senang langsung lah korang ni semua!

    Walaupun ada yang menghentam kerana aksi spontannya, tapi ada juga yang turut memuji aksi comel itu kerana si cantik ini juga mempunyai rupa paras yang cantik.

    “Jurugambar suruh saya buat muka ‘cute‘, senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.”

    “Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis Hari Peneroka Felda 2017 itu dan dikaitkan dengan isu politik.”

    Gadis yang mempunyai darah campur Cina ini berkata bahawa dia cuma menemani ibunya, Roslina Karim, 57, yang turut menghadiri sambutan itu. Ulasnya lagi, bapanya telah lama meninggal dunia.

    Walaupun rimas dan sering menangis apabila membaca komen yang diterima, namun ibu serta adik-beradiknya sering memberi sokongan agar dia tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif netizen.

    “Sejujurnya saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Orang di luar tidak mengenali saya, tetapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya, kenal saya macam mana,” katanya.

    Dengan kepakaran netizen yang jadi polis pencen, mereka telah menjumpai status Suziyana yang mengatakan bahawa dia sudah bertunang.

    Jadi, lelaki kat luar sana tu dah boleh slow slow undur diri lah ya. Hak orang ni…

    Apa pun, sudah sudah lah tu nak kecam pun. Bukannya isu besar. Setakat kenyit mata macam tu pun kena kecam teruk! – MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Kenyit Mata Sudah Menyerah… "