• FIFA Tarik Balik Penggantungan Sudan

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    JOHANNESBURG: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula penggantungan terhadap Sudan dan mengembalikan Mutasim Gaafar Sir Elkhatim sebagai pemimpin persatuan bola sepak negara itu.

    Hukuman itu dikenakan kepada Sudan selepas berlaku campur tangan kerajaan dalam pentadbiran sukan apabila Mutasim dipaksa keluar dari pejabatnya oleh polis untuk digantikan dengan Abdel Rahman Elkatim.

    FIFA sering menggantung negara dari benua Afrika kerana campur tangan kerajaan. Keputusan itu bermakna Sudan boleh beraksi di kelayakan Kejohanan Negara-Negara Afrika di Burundi, esok.

    Bagaimanapun, penarikan semula penggantungan itu sudah terlambat untuk memastikan gelaran kelab-kelab CAF, Al Merrikh dan Al Hilal Obeid. Merrikh memburu slot suku akhir Liga Juara-Juara manakala Al Hilal sudah layak ke peringkat lapan terbaik.

    Perlawanan peringkat kumpulan membabitkan dua pasukan itu dibatalkan dan kedua-duanya tidak layak, senasib dengan Al Hilal Omdurman yang tersingkir daripada kejohanan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " FIFA Tarik Balik Penggantungan Sudan "