• Fasa Kedua MRT Buka Lembaran Baharu

    Published: Saturday, 15 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Satu lembaran baharu bakal tercipta dengan pembukaan fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, para pengguna pengangkutan awam darat di sepanjang laluan 51 kilometer yang merangkumi 31 stesen akan dapat menikmati satu tahap kesalinghubungan yang belum pernah dinikmati sebelum ini.

    Katanya, beliau berasa amat gembira kerana difahamkan ramai pelajar daripada 40 buah sekolah dan institusi pendidikan di sekitar koridor laluan terbabit dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaharu itu.

    “Pembukaan fasa kedua MRT ini merupakan bukti komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri. Kita mahu melihat sistem pengangkutan awam darat pada masa hadapan menjadi lebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan tertentu seperti orang kurang upaya (OKU), keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan warga emas.

    “Pelaksanaan projek MRT ini merupakan satu bukti komitmen ke arah aspirasi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Fasa Kedua MRT Buka Lembaran Baharu "