• FAS Akur Keputusan David Usop

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menghormati keputusan ketua jurulatih Sarawak, David Usop untuk berehat sementara mengendalikan pasukan bola sepak Sarawak.

    FAS menerusi kenyataan akhbar hari ini berterima kasih dan menghargai jasa David dalam menguruskan Sarawak untuk kekal dalam saingan Liga Super beberapa musim.

    "FAS ingin mengumumkan jawatan jurulatih akan dipangku oleh Pengiran Bala bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2017 dan Piala Malaysia 2017 sehingga tempoh yang akan diumumkan kemudian," jelas kenyataan tersebut.

    FAS pada masa mengucapkan terima kasih kepada penyokong bola sepak Sarawak yang sentiasa bersama pasukan tanpa mengira turun naik prestasi.

    "Kami di Persatuan Bolasepak Sarawak sentiasa menginginkan pencapaian yang terbaik untuk pasukan bolasepak Negeri Sarawak," jelas FAS menerusi kenyataan akhbar.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " FAS Akur Keputusan David Usop "