• F1: Bottas Menang GP Austria

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    SPIELBERG, Austria: Valtteri Bottas memenangi Grand Prix (GP) Austria di sini, sebentar tadi, kejuaraan kedua sejak menyertai pasukan Mercedes.

    Warga Finland itu mengatasi pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala wakil Red Bull, Daniel Ricciardo mengenepikan rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton untuk kedudukan ketiga.

    Selepas berakhirnya GP Austria, Vettel kini masih mendahului senarai pungutan mata tertinggi senarai pemandu dengan 171 mata, mengatasi Hamilton di tempat kedua (151) dan Bottas di tangga ketiga (136). - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " F1: Bottas Menang GP Austria "