• Empat Jam Rekod Keterangan, Kumpul Dokumen

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa empat jam bagi merekod keterangan dan mengumpul dokumen di sebuah firma penilaian hartanah berhubung siasatan kes penjualan hotel empat bintang di bandar raya ini kepada Felda Investment Corporation (FIC).

    Pegawai pasukan khas dibentuk Ibu pejabat SPRM itu memasuki firma berkenaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pada jam 10 pagi sebelum dilihat meninggalkan premis berkenaan pada jam 2.10 petang.

    Seorang daripada pegawai dilihat membawa kotak dipercayai mengandungi dokumen berkaitan transaksi berkenaan bagi membantu siasatan.

    Turut diserbu pejabat syarikat pemilik dan pengurusan asal hotel berkenaan dan ejen hartanah yang terbabit dalam urusan jual beli berkenaan.

    Subjects:

  • No Comment to " Empat Jam Rekod Keterangan, Kumpul Dokumen "