• Elak 'Sentimen Tembak Kaki Sendiri' - Uggah

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    "Rundingan bersama antara kerajaan pusat dan negeri boleh mengelak 'tembak di kaki sendiri'," kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Memang benar seperti yang dinyatakan oleh Uggah selepas melihat situasi yang berlaku kini yang telah menjadi bahan politik pihak pembangkang yang membayangkan kerajaan pusat dan negeri tidak sepakat.

    Sedangkan perkara tersebut hanya selisih faham yang bukan melibatkan keseluruhan pentadbiran pusat dan negeri.

    Bukan bermakna terus mengabaikan hal tersebut, persepakatan dasar keputusan harus diperbaiki supaya tidak dijadikan senjata politik oleh pembangkang. A

    pa pun perancangan pusat, harus berbincang dengan Sarawak dahulu.

    Ia bukan bermaksud Sarawak besar kepala tetapi satu penyelsaian bersama harus dipraktikkan bersama agar setiap keputusan tidak akan bertindih. Lagipun keputusan secara berbincang akan lebih mengukuhkan lagi kerjasama parti komponen Barisan Nasional (BN).

    Ironinya, pembangkang sukar untuk mencari kelemahan kerajaan dan modal politik mereka untuk menghasut rakyat. Dengan kesepakatan tersebut, BN tidak akan menembak kaki sendiri serta perancangan untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti akan mendapat sokongan penuh daripada rakyat.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Elak 'Sentimen Tembak Kaki Sendiri' - Uggah "