• Ekonomi Betong Bakal Rancak Dengan Terbinanya Lapangan Terbang

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kegiatan ekonomi di Daerah Betong bakal rancak dengan terbinanya lapangan terbang kecil untuk mengeksport produk-produk pertanian dan perternakan dari penduduk sekitar.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah menjelaskan, dengan adanya infrastruktur berkenaan membolehkan produk-produk dari kawasan yang dikenal pasti sebagai pusat pengeluaran makanan akan dapat dipasarkan di luar Sarawak.

    “Kerajaan telah mengenal pasti Saratok hingga ke Betong sebagai kawasan untuk mengeluarkan buah-buahan, sayur-sayuran, produk daging yang bukan sahaja dapat dipasarkan dalam Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tetapi juga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

    Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah turut menggesa penduduk di kawasan berkenaan mengambil inisiatif untuk membangunkan tanah mereka yang terbiar dengan menceburi bidang pertanian atau perternakan.

    "Lakukan sekarang untuk menjana serta meningkatkan pendapatan anda, sekaligus memperkasakan lagi ekonomi Sarawak," jelasnya

    Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memanfaatkan perkara itu lebih-lebih lagi apabila setiap isi keluarga dibenarkan memohon dua subsidi bagi tujuan pertanian dan penternakan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Ekonomi Betong Bakal Rancak Dengan Terbinanya Lapangan Terbang "