• e-Reporting memudahkan laporan polis

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+


    ORANG ramai di seluruh negara dijangka boleh menggunakan Sistem Laporan Polis Online (e-Reporting) bagi membuat laporan kehilangan dokumen atau barangan tanpa perlu berkunjung ke balai polis dalam masa terdekat.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara laporan yang boleh dibuat menerusi e-Reporting adalah kes hilang kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit, cukai jalan dan kad ATM.

    Katanya, selain itu, kehilangan telefon bimbit, komputer riba dan kes pembantu rumah lari juga boleh dilaporkan menerusi sistem berkenaan.

    “Sistem ini sudah dilaksanakan di seluruh Lembah Klang, dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dalam masa terdekat.

    "Pelaksanaan sistem ini membabitkan penambahan infrastruktur, jadi ia tidak menetapkan tempoh masa tertentu. Sebaik infrastruktur dinaik taraf, ia boleh digunakan di seluruh negara secara berperingkat, " katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman, hari ini.

    Pada 10 Mac lalu, PDRM menerusi inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) memperkenalkan projek perintis sistem e-Reporting yang dilancarkan oleh Khalid di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " e-Reporting memudahkan laporan polis "