• E-Kad Digunakan Untuk Pelacuran

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: E-Kad disalahguna untuk tujuan pelacuran. Itu yang dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya ketika membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet di ibu kota yang menjadi lokasi pelacur ‘freelance’ dan pondan untuk mencari wang dengan cara mudah.

    Dalam operasi itu, seramai dua pondan dan seorang wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui Wechat dicekup pada jam 6 petang kelmarin.

    Dalam operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad bersama sembilan anggota mengesan wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui media sosial didapati berdaftar dalam sektor perkhidmatan dan mempunyai E-Kad yang sah.

    Bagaimanapun, kad berkenaan disalahgunakan untuk tujuan pelacuran, manakala dua pondan itu warga Thailand memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial.

    Kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/1963, manakala siasatan ke atas dua pondan berkenaan dibuat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

    Susulan tangkapan di hotel bajet di Bukit Bintang itu, sebuah rumah urut di Sentul pula diserbu sebelum tiga wanita Vietnam dan masing-masing seorang dari Laos dan Filipina yang berselindung di sebalik rumah urut tradisional untuk menjalankan aktiviti pelacuran dicekup.

    Turut ditahan, seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis atas kesalahan menggajikan pendatang asing tanpa izin.

    Semua mereka berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " E-Kad Digunakan Untuk Pelacuran "