• e-DOK Anjur Ramah Tamah Aidilfitri Buat Julung Kali

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+


    KUCHING: Selepas 10 tahun penubuhan, e-DOK yang sebelum ini dikenali sebagai IDOK buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Warisan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Ahad ini.

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, antara objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk menghimpunkan penduduk asal kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat yang melibatkan Kampung Dalat, Kampung Oya dan Kampung Sungai Kut.

    Menurutnya, Yang di Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib dijangka hadir memeriahkan majlis tersebut.


    "Dianggarkan 500 tetamu yang terdiri daripada penduduk asal  kawasan DUN Dalat hadir memeriahkan majlis ini," katanya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, antara pengisian majlis termasuk pameran mini yang memaparkan maklumat mengenai kemajuan kawasan DUN Dalat.

    Lima projek utama yang dipaparkan melibatkan projek pembinaan Galeri Warisan Melanau, Tebingan Sungai Dalat fasa dua, Oya Walk, Pekan Sabtu dan Kompleks Kebajikan

    Menurut Fatimah lagi, IDOK ditukar kepada e-DOK selepas berlaku persempadanan semula yang menyaksikan Igan dimasukkan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng.- Sarawakiana

  • No Comment to " e-DOK Anjur Ramah Tamah Aidilfitri Buat Julung Kali "