• Dzuraidi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Timbalan Pengarah (Perlucutan Harta / Perundangan / Tahanan ) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Dato' Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (TPJP) Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

    Dzuraidi menggantikan Dato’ Haji Abdul Aziz Yusof bekas TPJP Sarawak yang memegang jawatan tersebut sejak setahun tujuh bulan empat belas hari selepas menerima tugas dari Dato Mohd Jasmani Yusoff pada 1 Disember 2016 lalu.

    Dato’ Haji Abdul Aziz Yusof akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Kementerian Dalam Negeridan Ketenteraman Awam( Kepolisan Am) KDN/KA Bukit Aman.

    Majlis menandatangani dokumen serah dan terima tugas antara beliau dan DCP Dato' Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim sebentar tadi di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

    Majlis tersebut disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis(PJP) Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

    Turut hadir ketua-ketua jabatan, fomasi dan unit kontinjen Sarawak. -Sarawakiana
  • No Comment to " Dzuraidi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu "