• Doktor Keluarkan 15 Jarum Jahit Dari Alat Sulit Lelaki

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    Gila…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 15 jarum jahitan ke dalam alat sulitnya. Dia berbuat demikian sejak setahun lalu dan hanya mendapatkan rawatan selepas mengalami kesakitan.

    Selain itu kencingnya juga berdarah.

    Lelaki bujang berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital di Liaoning, China. Diktor mengambil masa selama sejam setengah untuk mengeluarkan jarum-jarum sepanjang lima ke 10 sentimeter.

    Menurut Dr. Cao Zhiqiang, lelaki itu mendedahkan pada mulanya dia tidak mengalami kesakitan namun selepas 15 jarum berada dalam alat sulitnya barulah dia mengalami kesakitan.

    Doktor Keluarkan 15 Jarum Jahit Dari Alat Sulit Lelaki

    “Saya berpeluh dan tangan saya menggeletar apabila pembedahan berakhir. Ia bukannya sesuatu yang mudah,” kata Dr. Cao.

    Lelaki itu dikatakan cuba mencari keseronokan melalui kaedah yang sangat luar biasa tanpa mengambil kira keselamatannya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Doktor Keluarkan 15 Jarum Jahit Dari Alat Sulit Lelaki "