• Doktor Di Klinik Kesihatan Kabong Ditambah

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    KABONG: Penambahan bilangan doktor daripada dua orang kepada tiga orang di Klinik Kesihatan Kabong sekarang adalah bukti kerajaan amat mengambil berat akan keperluan penduduk.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd. Chee Kadir berkata, kerajaan sentiasa melihat keperluan penduduk dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan setempat.

    Maka dengan penambahan bilangan doktor diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih baik dan dapat memendekkan masa menunggu pelanggan yang datang untuk mendapat perkhidmatan.

    Chee berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Kabong di sini.

    “Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah mengelola majlis ramah tamah ini dan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja Klinik Kesihatan Kabong yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk selama ini.

    “Teruskan budaya kerja cemerlang dan kepada penduduk diharap dapat mengamalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam dan menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian,”ujarnya.

    Hadir sama dalam majlis berkenaan Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap, Dr. Mohd Firdaus Mohd Salleh dan Panel Penasihat Kelab, Haji Wahab Haji Jali. – Sarawakvoice
  • No Comment to " Doktor Di Klinik Kesihatan Kabong Ditambah "