• Dirogol Dan Dibunuh Kerana Cinta Tak Direstui

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+


    Seorang remaja perempuan India Muslim dilaporkan telah diculik lalu dirogol dan dibunuh dekat selatan London, minggu lalu ketika dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

    Menurut laporan Daily Mail, Celine Dookhran,19, telah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya seorang lelaki Arab. Tetapi hubungan cinta itu tidak direstui oleh keluarganya kerana mereka mahukan anaknya berkahwin dengan lelaki India Muslim.

    Pegawai pendakwa, Binita Rosceo telah mengulas bahawa Celine telah diculik ketika berada di rumahnya bersama dengan rakan serumahnya. Mayat Celine pula telah ditemui di sebuah rumah yang bernilai £1.5 juta yang sedang diubah suai dekat London Selatan.

    Rakan serumahnya, 20-an itu bernasib baik kerana terselamat dan dikatakan ketika kejadian dia beradi di bilik dan terdengan jeritan mangsa dari di dalam bilik mandi. Mangsa telah diseret oleh dua orang lelaki sebelum dia dikenakan renjatan elektrik.

    Kedua-dua mereka telah diikat dengan pita pelekat serta tali dan mulut mereka disumbat dengan sarung kaki yang dibungkus dalam kepingan plastik sebelum di sumbat masuk ke dalam sebuah kenderaan.

    Bukan main ganas budak lelaki ni ya! Kau culik anak orang macam culik anak kucing!

    Dua remaja perempuan ini telah dibawa ke rumah berkenaan yang terletak di Kingston iaitu lapan kilometer dari rumah mereka.

    Malang nasib remaja muda ini apabila dia telah dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya pula cedera di leher tetapi berjaya melepaskan diri.

    Kedua-dua manusia bertopengkan syaitan itu berjaya diberkas diatas tuduhan membunuh, merogol serta menculik. Mujahid Arshid, 33 dan Vincent Tappu, 28 telah dihadapkan ke mahkamah di Wimbledon di atas tuduhan tersebut.

    Celine dikatakan aktif di akaun Twitternya kerana sering mengenakan solekan dan dia juga bercita-cita untuk menjadi jurusolek.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Dirogol Dan Dibunuh Kerana Cinta Tak Direstui "