• Dipukul Dengan Kayu Hoki Oleh Keluarga Mertua Selepas Lahirkan Bayi Perempuan

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Malang bagi seorang wanita di India yang baharu melahirkan seorang bayi perempuan apabila dia dipukul dengan kejam oleh keluarga mertuanya gara-gara enggan menerima kelahiran itu.

    Lebih menyedihkan, insiden tersebut juga dikatakan berlaku kerana isu pertikaian berkaitan mas kahwin, lapor Daily Mail.

    Berdasarkan rakaman video yang menjadi tular di laman sosial di negara itu, mangsa dipukul dengan kejam oleh dua lelaki iaitu abang ipar dan kawannya menggunakan kayu hoki.

    Dalam kejadian pada minggu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Meena Kashyap, 35, dipukul pada bahagian depan dan belakang badannya susulan wanita itu membuat aduan keganasan pada bulan April, lalu.

    Media tempatan melaporkan, wanita itu telah melahirkan seorang bayi perempuan, tetapi keluarga suaminya enggan menerimanya dan bertindak memukul mangsa.

    Selain itu, keluarga mereka juga terlibat dalam pertikaian mas kahwin berjumlah 700,00 rupee (RM 46,461.00) yang diberikan oleh keluarga pengantin perempuan kepada keluarga suaminya semasa majlis perkahwinan.

    Susulan kejadian pukul itu, suami mangsa, Daljit Singh, abang ipar, Kamaljeet dan rakan mereka yang dikenali sebagai Gaurav dituduh melakukan beberapa jenayah termasuk menceroboh dan sengaja mendatangkan kecederaan.

    Bapa mangsa memberitahu media tempatan bahawa laporan berhubung isu pertikaian mas kahwin telah dibuat sejak tahun lalu namun tiada sebarang tindakan diambil.

    “Mereka telah berkahwin selama dua tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Keluarga mereka meminta 700,000 rupee sebagai dowry,” katanya.

    Memetik laporan Beast Daily, pada masa kini, mas kahwin di India digunakan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada keluarga pengantin lelaki, di mana permintaan tambahan akan dibuat walaupun majlis parkahwinan sudah berlangsung dan juga ketika si isteri melahirkan anak.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Dipukul Dengan Kayu Hoki Oleh Keluarga Mertua Selepas Lahirkan Bayi Perempuan "