• Dihukum Makan Cili Mentah Selepas Tunjuk Isyarat Lucah

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itulah sebaik-baik pepatah bagi menggambarkan keceluparan mulut seorang Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dihukum memakan cili mentah kerana memaki hamun penguatkuasa dengan kata-kata lucah.

    Individu berkenaan merupakan Ketua Armada Melaka, Ramlan Meon, dikatakan tidak berpuas hati apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melarangnya bersama beberapa ahli Armada lain memasang bendera di sebatang jalan di negeri berkenaan.

    "Kepala b***h, aku cakap kau semua kepala b***h. B**i," kata Ramlan kepada penguatkuasa sambil menunjukkan isyarat lucah.

    "Apahal tak boleh pasang? Ini biru (Barisan Nasional) ni boleh, kenapa (kami) tak boleh?" ujarnya dalam nada marah.

    Salah seorang penguatkuasa MBMB cuba menerangkan kepada kumpulan Armada untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya tidak berpuas hati dengan larangan dikenakan terhadap mereka namun, Ramlan serta ahli-ahli Armada lain terus mengecam pasukan penguatkuasa berkenaan.

    "Dedak (rasuah) jangan makan. Haram! Kau ni yang haram kau makan!" kata Ramlan dan rakan-rakannya kepada pasukan itu lagi.

    Didalam sebuah video yang dikompilasikan bersama video insiden berkenaan memperlihatkan Ramlan bertemu dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran pada waktu malam.

    Menerusi video berkenaan, Ramlan dikelilingi beberapa individu yang mengherdik beliau sebagai pengajaran diatas tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas MBMB.

    "Aku nak tanya kau, siapa yang kata mereka (petugas MBMB) makan dedak haram? Mereka bagi anak bini makan daripada gaji bulan-bulan. Kena maki pula dengan kau. Kalau kena dekat kau, kau puas hati tak?" tanya salah seorang lelaki berkeaan kepada Ramlan.

    Seorang lelaki lagi menyuapkan cili ke mulut Ramlan dan memaksa Ramlan mengunyah dan menelannya.

    "Makan (cili itu). Kalau kau tak makan, aku tala (pukul) kepala kau," kata lelaki berkenaan.

    Kejadian berkenaan dikatakan pada minggu lepas dan video berkenaan mula tular di laman sosial.

    Ramlan menerusi sidang media pada hari berikutnya mendakwa mengalami keretakan pada tulang pipi serta bengkak pada bahagian mata sebelah kiri kerana dipukul salah seorang lelaki di sebuah restoran dimana beliau dipaksa untuk memakan cili mentah.

    "Dua individu memukul saya dan saya dipaksa memakan cili dan turut mengugut untuk merodok (minikam) perut saya dengan pisau dan (mereka) merakamkan video.

    "Seorang daripada mereka melagakan kepalanya ke mata saya dan pada malam sama saya ke hospital dan mendapati mata saya bengkak dan pipi saya mengalami keretakan. Kemudian saya terus buat laporan polis.

    Ketua Penerangan Armada Nasional, Ulya Aqamah Husamudin sementara itu menggesa pihak polis membuka kertas siasatan dengna kadar segera.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Dihukum Makan Cili Mentah Selepas Tunjuk Isyarat Lucah "