• Demi Jawatan, Chong Terpaksa Sokong Keluarga Lim

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC) DAP pada tahun 2013 pernah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia kerana disifatkan tidak adil dan hanya memenangkan dua beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

    Keadaan ini menyebabkan ahli DAP sendiri bersuara mempertikai corak kepimpinan dua beranak itu.

    Lebih perit lagi apabila seorang demi seorang ahli DAP bersuara mengenai corak kepimpinan diktator dalam DAP sehingga pemecatan ahli DAP disifatkan tidak mengikut prosedur sebenar.

    Disebalik semua itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan penyokongnya di Sarawak sehingga hari ini terus sepi dan kecut perut untuk bersuara mengenai isu berkenaan.

    Chong sebaliknya hanya berani mempersoalkan corak kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak daripada bercakap perkara sebenar mengenai kepincangan DAP.

    Ia jelas menunjukkan Chong tidak adil dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak berterus terang dalam isu membabitkan DAP.

    Chong hanya tahu membuat propaganda dan meraih publisiti murahan.

    Keadaan seperti ini juga menunjukkan Chong takut kehilangan jawatan dan tidak seberani ahli DAP lain termasuk mempersoalkan kepimpinan diktator keluarga Lim. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Demi Jawatan, Chong Terpaksa Sokong Keluarga Lim "