• Deaflympics: Malaysia Menang Perak

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    SAMSUN, Turki - Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Deaflympics tidak kesampaian apabila beregu campuran pekak negara, Boon Wei Ying-Francis Tan Heng Bock tewas kepada pasangan Rusia, Artemy Karpov-Arlena Soboleva di pentas akhir badminton, sebentar tadi.

    Pasangan yang membuat penampilan sulung di temasya berprestij bagi komuniti pekak sedunia itu tewas 15-21, 12-21 di Dewan Sukan Bafra di sini.

    Untuk rekod, Malaysia pernah meraih emas tunggal sepanjang lima kali penyertaan dalam Deaflympics, dengan pencapaian terbaik itu diperoleh menerusi acara 110 meter lari berpagar oleh Zana Azizul Ujang pada temasya di Rome tahun 2001. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Deaflympics: Malaysia Menang Perak "