• David Usop 'Angkat Kaki', Pengiran Bala Pemangku Ketua Jurulatih

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Rentetan prestasi terburuk Sarawak selepas kalah dalam tiga aksi terakhir membuatkan ketua jurulatih, David Usop merehatkan diri dan tugas beliau akan dipangku Pengiran Bala buat sementara waktu.

    Dalam tiga perlawanan terkahir, Sarawak tewas 0-4 kepada JDT dan 1-2 (Selangor) dalam aksi Piala Malaysia manakala 1-3 kecundang ditangan Felda United (Liga Super).

    David dalam sidang media sebentar tadi berkata, keputusan tersebut dibuat adalah secara profesional dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

    "Jurulatih perlu bertanggungjawab sebab kebelakangan ini pasukan (Sarawak) mengalami tiga kelahan berturut-turut.

    "Secara lazimnya, saya merehatkan diri dan Pengiran Bala akan menggantikan saya buat sementara," katanya.

    Beliau pada masa sama melahirkan keyakinan dengan kemampuan Pengiran Bala dalam memimpin Sarawak selepas ini.

    Menurut David lagi, beliau berharap prestasi Sarawak akan bertambah baik di bawah ketua jurulatih baharu.

    "Mungkin tukar angin baharu boleh menaikkan lagi prestasi dan meletakkan Sarawak di landasan yang betul.

    "Ia terpulang kepada pengurusan untuk menjadikan Pengiran Bala sebagai ketua jurulatih atau memangku buat sementara waktu," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " David Usop 'Angkat Kaki', Pengiran Bala Pemangku Ketua Jurulatih "