• DAP Perlu Akur Keputusan ROS

    Published: Sunday, 9 July 2017
    A- A+

    TEMERLOH: DAP tidak wajar mempersoalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keputusan ROS dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan perlu dipatuhi semua pertubuhan berdaftar di negara ini.

    "ROS sudah buat keputusan dan DAP perlu akur.

    Memang DAP kata sudah buat pemilihan CEC pada (29 September) 2013 tetapi ROS mungkin ada asas sendiri mengeluarkan arahan berkenaan.

    "DAP perlu rujuk dengan ROS bagi mengetahui punca keputusan itu dibuat dan mengapa lantikan CEC parti itu perlu diadakan semula," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Sri Mentakab, dekat sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Juhanis Abd Aziz; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Azril Riza Yusof Mohd Sarit; dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Suhaya Elly Rosli.

    Mohd Johari berkata, UMNO juga pernah berdepan situasi sama dan akur dengan keputusan mengadakan pemilihan baharu. - BHOnline
  • No Comment to " DAP Perlu Akur Keputusan ROS "