• CUEPACS Minta Kaji Semula Pelepasan Cukai Bagi Penjawat Awam

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) Datuk Azih Muda berharap agar kerajaan melihat dan meneliti semula mengenai isu pelepasan cukai bagi memelihara kebajikan setiap penjawat awam dan keluarga amnya.

    Beliau berkata, kadar pelepasan cukai yang ada hari ini harus dikaji semula antaranya isu pelepasan cukai untuk anak-anak yang masih bersekolah termasuk anak-anak yang berada di universiti, keduanya mengenai pelepasan untuk menyara ibu bapa dan seterusnya pelepasan cukai bagi individu harus dinaikkan kerana dengan pelepasan cukai  ini penjawat awam dan rakyat boleh membelanjakan semula bagi kegunaan untuk keperluan harian.

    "Pada hari ini, sebahagian daripada penjawat awam yang belum mempunyai keluarga dan anak-anak terpaksa membayar cukai yang besar.

    “Jesteru, kerajaan perlulah mengkaji semula isu ini supaya cukai yang dibayar oleh penjawat awam tidak bertindih termasuk terpaksa membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” jelas Azih.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Jabatan Pegawai Awam Polis Di Raja Malaysia Kontinjen Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya dekat sini pagi tadi.

    Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak SAC Zamani Tan Sri Hamdan.-Sarawakiana
  • No Comment to " CUEPACS Minta Kaji Semula Pelepasan Cukai Bagi Penjawat Awam "