• Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) memohon supaya kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha bagi membolehkan setiap penjawat awam memilik keupayaan untuk membeli rumah pada pembentanganBajet 2018.

    Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihak kesatuan menyambut baik dan amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki rumah sendiri, namun beberapa isu perlu diberi perhatian bagi menjayakannya.


    Beliau berkata, beberapa kesukaran penjawat awam dalam isu ini memerlukan pertimbangan kerajaandalam pelbagai aspek, misalnya dari segi harga rumah, keterdapatan, isu syarat-syarat pinjaman, dan juga dari segi kemampuan penjawat awam sendiri.

    Katanya, pihak kesatuan amat menghargai inisiatif kerajaan mewujudkan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri, dan berharap ia dapat dikembangkan dengan lebih meluas lagi di bandar-bandar utama di Sarawak.

    "Ia akan membantu kelestarian kehidupan penjawat awam sendiri, dan kita minta kerajaan pastikan harga rumah tidak naik terlalu tinggi terlalu pantas, sehingga menjadikan gaji penjawat awam tidak dapat menampungnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama JabatanPegawaiAwam Polis Diraja Malaysia(PDRM) kontinjen Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri di sini hari ini. - BERNAMA
  • No Comment to " Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah "