• Cium Seluar Dalam Wanita, ‘Pakcik’ Gelabah Tertangkap

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    Seorang lelaki dikesan mencium pakaian dalam wanita dengan menyelongkar mesin pengering dobi layan diri di Shah Alam.

    Perbuatan itu dirakam dan didedah pengguna Facebook menggunakan nama Nur Izzati yang mencuci pakaian di kedai sama, lapor mStar Online.

    “Sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan. Seriously pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan,” katanya.

    Beliau berkata lelaki itu turut memasukkan 10 helai seluar dalam perempuan dalam ke satu beg.

    “Pakcik tu selongkar, cium bau lepas tu lipat simpan dalam satu beg,” katanya.

    Beliau ada memaklumkan hal itu kepada seorang lelaki yang isterinya kehilangan pakaian dalam sambil menunjukkan bukti rakaman.

    “Memang betul dia ambil sebab dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia. Gelabah beruk pakcik tu minta maaf,” katanya.

    Tidak diketahui sama ada kejadian itu dilapor kepada polis dibuat atau tidak.- Malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Cium Seluar Dalam Wanita, ‘Pakcik’ Gelabah Tertangkap "