• China Tingkat Guna Kereta Elektrik Atasi Pencemaran

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    BEIJING: Beberapa pengeluar kenderaan elektrik (EV) di sini, sedang menimbang untuk membentuk pakatan bagi mengumpul sumber dan teknologi, sekali gus mempercepatkan pengeluaran.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Singulato Motors, Shen Haiyin, berkata pihaknya dan empat lagi syarikat, iaitu CHJ Automotive, Hongxing Automobile Manufacturing Co, AIWAYS dan WM Motor sudah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu sejak beberapa bulan yang lalu.

    Langkah itu diambil susulan draf cadangan yang dikeluarkan oleh Beijing bulan lalu, yang mahu pengeluaran kenderaan berasaskan tenaga baharu (NEVs), iaitu hibrid ditingkatkan kepada 12 peratus pada 2020 berbanding lapan peratus, ketika ini.

    Ia bertujuan mengatasi masalah pencemaran dan mengurangkan pergantungan kepada bekalan petroleum yang diimport.

    Persatuan Pengeluar Kereta China menyasarkan sebanyak 700,000 NEVs akan dijual sepanjang tahun ini, iaitu tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran kenderaan di negara itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " China Tingkat Guna Kereta Elektrik Atasi Pencemaran "