• Cekik Hingga Mati Bapa Tiri Sebelum Swafoto

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    MARYLAND (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki mencekik mati bapa tirinya sebelum mengambil swafoto bersama mayat mangsa yang dimuat naik ke Twitter.

    Navar Terrance Beverly, 38, ditangkap kerana disyaki membunuh bapa tirinya Ronald Francis Pinkney, 65, di Bowie, Maryland.

    Dia ditangkap Sabtu lalu selepas aksi dikejar polis di lebuh raya. Polis turut mengesahkan pernah dihubungi untuk menyelesaikan pertelingkahan antara lelaki itu dan mangsa beberapa kali sebelum ini.

    Gambar mayat Pinkney sudah dibuang dari Twitter.

    Polis dikejarkan ke tempat kejadian selepas seorang saksi dipercayai ibu Beverly dilaporkan menghubungi talian kecemasan mendakwa ‘Anak saya membunuh suami saya.’

    Pemanggil itu turut mendakwa Beverley berkata, mayat Pinkney ada di garaj rumah berkenaan.

    Laporan saksi mendakwa Beverly mencekik Pinkney sebelum memuat naik beberapa gambar di akaun Twitternya pada 7 Julai lalu termasuk swafoto dengan mayat mangsa.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Cekik Hingga Mati Bapa Tiri Sebelum Swafoto "