• Calon Wakil Rakyat New Zealand Pertama Berdarah Melayu

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+



    GOLONGAN pendatang tiada suara dan mereka sudah penat dengan situasi itu. Calon Parti Maouri tampil untuk membela nasib golongan tersebut.

    Pembela lebah dan bekas ahli farmasi dan pakar pemakanan, Wetex Kang pada Isnin menjadi calon Parti Maori yang pertama berasal dari Asia.

    Beliau yang berketerunan Cina Malaysia boleh berbahasa tiga dialek Cina dan memahami Bahasa Melayu.

    Kang berkata, beliau berfikir untuk menyertai Parti Kebangsaan tetapi enggan membawa beg bimbit dan botol air orang lain untuk 10 tahun akan datang.

    Kemudian, seseorang mencadangkan agar Kang menyertai Parti Maori.

    "Nenek saya berdarah campuran Melayu dan saya selalu berasa darah yang mengalir dalam badan ini ada pertalian dengan 'tangata whenua' (orang asli New Zealand).

    "Saya menulis dua polisi imigresen untuk Parti Maori dan wakil rakyat berketurunan Asia hanya berada dalam kabinet untuk mempromosikan parti utama dan mendapatkan derma.

    "Tiada seorang pun yang benar-benar bangkit untuk mengutarakan isu yang besar dan jelas boleh dilihat. Orang Asia selalu jadi buah mulut dan tempat rujukan tetapi mereka tiada suara dan mungkin sudahpun penat dengan apa yang berlaku," jelasnya kepada portal berita NZ Herald.

    Menurut Kang, bukan salah pendatang tetapi kegagalan pihak kerajaan New Zealand untuk menguruskan imigresen.


    Subjects:

  • No Comment to " Calon Wakil Rakyat New Zealand Pertama Berdarah Melayu "