• 'Bus Stop' Depan Rumah, Penghuni Kena Panjat Pagar

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    LOKASI berhampiran dengan pengangkutan awam sudah tentu menjadi faktor pelaris utama bagi sesebuah kediaman, namun sebuah syarikat pemaju hartanah di United Kingdom dianggap terlalu bendul untuk berbuat demikian.

    Penduduk setempat juga beranggapan ia sesuatu yang amat melucukan selepas menyedari kesilapan bodoh dan memalukan dapat dilihat dengan jelas di luar kawasan kejiranan baharu tersebut.

    Kediaman dua bilik di Langley Mill, Derbyshire yang dijual pada 140,000 Pound Sterling (RM775,000) oleh ejen hartanah Burchell Edwards.

    Rumah itu dilihat cukup cantik di bahagian luar, cuma ada satu masalah besar yang bakal dihadapi oleh penghuni rumah berkenaan kelak.


    Jika anda mempunyai penghlihatan yang tajam, sudah tentu anda sedar terdapat sebuah perhentian bas yang berada betul-betul di luar rumah itu dan menghalang laluan pintu masuk.

    Penghuni perlu memancat pagar untuk masuk ke kediaman itu.

    Penduduk setempat, Julie Newing, berkonsi gambar rumah itu di Facebook dengan kapsyen "Only in Langley Mill" (hanya di Langley Mill) dan emoji berbentuk ketawa sambil mengeluarkan air mata, lapor Derby Telegraphs.

    Gambar tersebut dikongsikan oleh netizen dan orang ramai terkejut bagaimana ia boleh berlaku. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " 'Bus Stop' Depan Rumah, Penghuni Kena Panjat Pagar "