• Burger Korea Pedas masuk Malaysia

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    MCDONALD’S Malaysia melancarkan Burger Korea Pedas yang diinspirasikan daripada minat mendalam rakyat Malaysia terhadap apa sahaja perkara berkaitan negara itu.

    Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar berkata, menu terbabit adalah produk pertama di antara tiga burger yang menjanjikan rasa istimewa dari negara terpilih di seluruh dunia dan bakal diperkenalkan tahun ini.

    "Kami harap pelanggan akan menikmati rasa kimchi Korea unik yang hanya boleh didapati dalam tempoh terhad," katanya pada pelancaran menu Burger Korea Pedas di Petaling Jaya, hari ini.

    Menu ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati rasa berapi-api dan sos Korea pedas, rasa kimchi pada daging lembu digril serta sayuran segar diapit antara ban panas istimewa.

    Burger Korea Pedas boleh didapati pada harga RM12.99 bagi hidangan ala carte dan RM15.99 bagi set saiz biasa yang terdiri daripada Burger Korea Pedas, kentang goreng Criss Cut dan Frozen Fanta.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Burger Korea Pedas masuk Malaysia "