• ‘Bujang Berani’ Dicabar Dedah Pihak Pecahbelah Dayak

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+
    Sebuah portal atas talian yang berpangkalan di Sarawak membuat cabaran terbuka kepada Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing agar mendedahkan secara jelas kaum apakah yang dimaksudkannya, jika beliau benar-benar anak jantan.

    Cabaran itu, rentetan pendedahan panas dibuat James Masing sebelum ini yang mendakwa berdekad-dekad kumpulan tertentu telah bekerja keras untuk memecahbelahkan masyarakat Dayak bagi memastikan kaum berkenaan kekal berkuasa.

    Portal itu yang cuba mengangkat darjat James Masing buat sementara sebagai ‘Bujang Berani’ atau Hero baru bagi masyarakat Dayak kerana berani membuat dakwaan tersebut.

    “Tidak ada pemimpin Dayak yang lebih berani dari James Masing pada ketika ini,” katanya

    Sarawak Voice dipetik sebagai berkata, untuk ketika ini, Masing dicabar untuk mendedahkan dan menamakan kumpulan yang memecahkan kaum Dayak sehingga tidak dapat berkuasa, dan menyebabkan kaum lain kekal berkuasa sehingga kini.

    Dalam perkembangan yang sama, James Masing turut mendakwa terdapat diskriminasi untuk menyekat ekonomi kaum Dayak, sehinggakan menyebabkan kaum Dayak tidak berpeluang untuk bankrup.

    Sebagai pemimpin parti Dayak dan Timbalan Ketua Menteri, tugas James Masing dilihat semakin mudah berbanding pemimpin lain.

    Pada satu majlis baru-baru ini, Abang Johari menyeru masyarakat melayu agar tidak menyalahkan orang orang lain, sebaliknya bangkit mencari kemajuan dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berdamping bersama masyarakat berbagai kaum.

    James Masing pula mengambil pendekatan berbeza, iaitu dengan menyalahkan orang lain atas kemunduruan kaumnya, beliau seolah-olah meminta kejayaan dan kemajuan sentiasa ‘mengejar’ kaum Dayak ke seluruh pelusuk negeri ini.

    Bagaimanpun, James Masing bukanlah yang pertama membuat dakwaan seumpama itu, malah James Masing tidak pernah bersendirian menggenggam pendirian seperti itu.  – Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Bujang Berani’ Dicabar Dedah Pihak Pecahbelah Dayak "