• Budak Tak Suntik Vaksin Sering Dijangkiti Penyakit

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+


    HANOI – Institut Kebersihan dan Epidemiologi Kebangsaan Vietnam mendapati sejak empat tahun lepas, kanak-kanak yang tidak menerima suntikan vaksin sering dijangkiti penyakit campak, batuk kokol dan hepatitis B, lapor agensi berita China Xinhua.

    Campak yang mula dikesan di Vietnam pada 2014, menjejaskan lebih 6,000 kanak-kanak dan 150 maut akibat penyakit berkenaan.

    Sebanyak 90 peratus daripada kanak-kanak yang dijangkiti didapati tidak menerima suntikan vaksin.

    Sementara itu, ratusan jangkitan termasuk kematian akibat batuk kokol dilaporkan di Hanoi pada 2016.

    Sebelum 2014, kadar penerima suntikan vaksin didapati kurang akibat berlakunya beberapa kes komplikasi yang turut menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak baru mendapatkan suntikan vaksin, ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai kesan negatif suntikan berkenaan.

    Bagaimanapun, semua kes itu kemudiannya dibuktikan tiada kaitan dengan kualiti vaksin.

    Pada 2016, kanak-kanak di bawah umur setahun yang menerima suntikan vaksin untuk penyakit biasa adalah sebanyak 98 peratus.

    Seramai 46 kes demam campak dilaporkan pada tahun sama iaitu jumlah kes terendah dalam tempoh 10 tahun. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Tak Suntik Vaksin Sering Dijangkiti Penyakit "