• Budak Mati Diseret Keldai

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+


    ABBOTTABAD – PAKISTAN. Polis Pakistan menahan seorang lelaki didakwa mengikat seorang kanak-kanak pada keldai dan mengheretnya sehingga menyebabkan kematian.

    Insiden dilaporkan berlaku di kampung Lora, 80km selatan Abbottabad.

    Memetik laporan, pemilik tanah Mohammad Miskin yang menafikan pertuduhan itu marah selepas haiwan yang dicari kanak-kanak lelaki itu menceroboh tanahnya.

    Dia kemudian bertindak mengikat kanak-kanak itu pada keldai sebelum memukul haiwan itu untuk berlari lebih laju dan menyebabkan mangsa terseret, kata saksi.

    Kanak-kanak yang berusia 8 tahun, Mudassir mati akibat kecederaan yang dialaminya.

    Penduduk setempat yang dihubungi BBC berkata, pemilik tanah mencederakan kanak-kanak itu selepas sekumpulan kambing biri-biri dan keldai menceroboh tanah pertaniannya.

    “Dia mengikat budak itu pada keldai sebelum memukul haiwan itu supaya lari dan menyebabkan mangsa terseret,” kata salah seorang penduduk kampung.

    “Anak saya dibunuh dengan kejam,” kata bapa mangsa Sher Afzal memberitahu BBC.

    “Ketika saya tiba di lokasi kejadian, dia telah meninggal dunia. Tiada bahagian badannya tidak dipenuhi lebam,” katanya lagi.

    Bagaimanapun tertuduh menafikan dakwaan itu.

    “Saya tidak ikat kanak-kanak itu pada keldai. Mereka datang ke ladang dan saya hanya menghalau mereka,” katanya

    Mahkamah di Abbottabad memerintahkan tahanan reman selama dua hari untuk siasatan lanjut.-tv14

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Mati Diseret Keldai "