• Buat ‘U Turn’ Ikut Suka Hati, 2 Wanita Nyaris Dilanggar

    Published: Sunday, 9 July 2017
    A- A+

    MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

    Begitulah nasib yang menimpa seorang pemandu yang berdepan detik cemas apabila nyaris terlanggar dua penunggang motosikal dalam sebuah kejadian di Jertih, Terengganu baru-baru ini.

    Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam yang bertarikh 5 Julai lalu, ia menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Yongqing Hengkheng Ong, pada mulanya sedang memandu di sebuah jalan menggunakan lorong kanan.

    Bagaimanapun secara tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua wanita membelok dari bahu jalan untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan.



    Mujur Ong sempat mengelak, jika tidak kedua penunggang motosikal itu pasti sudah melayang dirempuh keretanya.

    Mangsa juga hampir terlanggar pembahagi jalan akibat tindakannya yang cuba mengelak dari berlakunya kemalangan.

    Rakaman video yang dikongsi Ong mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua penunggang motosikal itu gara-gara membelok tanpa melihat kiri dan kanan malah tidak memakai topi keledar.

    Tidak kurang juga ada yang menyalahkan Ong kerana memandu terlalu laju di kawasan kampung. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Buat ‘U Turn’ Ikut Suka Hati, 2 Wanita Nyaris Dilanggar "