• Buang Sentimen 'Tengok Sahaja' - Dr Sim

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa ahli parti tersebut supaya membuang sentimen 'tengok sahaja' kerana Sarawak sudah ada landasan baik untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

    Sehubungan itu beliau mahu ahli SUPP mengekalkan sokongan padu dan bersatu padu demi menjamin kelancaran pembangunan yang telah dirancang kerajaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, di Sarawak hanya terdapat empat parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SUPP.

    "Oleh itu, tiada sebab berasa sangsi melaksanakan tugas berdasarkan parti dan ia adalah realiti, bukan seperti sesetengah parti yang takutkan bayangan sendiri.

    "Kini tiba masanya ahli parti membuang ayat 'tengok sahaja' kerana kita sudah ada landasan yang baik untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

    Dalam perkembangan sama, Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menggesa ketua kaum supaya lebih proaktif memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Buang Sentimen 'Tengok Sahaja' - Dr Sim "