• Britain Dijangka Batal Larangan Lawa Peralatan Elektronik

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    ISTANBUL: Syarikat Turkish Airlines menjangkakan larangan membawa peralatan elektronik di dalam kabin bagi penerbangan dari Turki ke Britain, akan ditarik balik tidak lama lagi," kata Ketua Eksekutifnya, Bilal Eksi menerusi laman Twitter.

    Sebaik saja berkuat kuasa, Britain bakal menjadi destinasi kedua selepas Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan yang sama.

    Pihak berkuasa AS mula menguatkuasakan larangan itu sejak Mac lalu untuk semua penerbangan dari 10 lapangan terbang di lapan negara iaitu, Mesir, Maghribi, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Turki.


    Larangan itu diperkenalkan kerana timbul kebimbangan bahan letupan mungkin disembunyikan di dalam peralatan elektronik yang dibawa menaiki pesawat. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Dijangka Batal Larangan Lawa Peralatan Elektronik "