• Bomba Sedia Bantu Basmi Rabies

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menawarkan khidmat mereka dalam membantu mana-mana agensi berkaitan dalam membasmi penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila.

    Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan itu mempunyai pengalaman dan peralatan yang sesuai selari dengan pendekatan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

    Sebagai contoh, katanya, suatu dahulu semasa negara dilanda wabak Japanese Encephalitis, anggota bomba telah terlibat secara langsung dalam menangani dan membasmi wabak berkenaan.

    "Kita boleh guna pengalaman dan peralatan misalnya pam untuk bersihkan kawasan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya (kepada agensi yang memerlukan bantuan)," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Sukan Bomba (SUKBOM) 2017 di sini, malam tadi.

    Majlis yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi) Datuk Soiman Jahid, Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood serta Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahaya Mamat.

    Johan bersama kejohanan tiga hari bermula Jumaat lepas itu disandang oleh Ibu Pejabat JBPM dan kontinjen Negeri Sembilan.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Sedia Bantu Basmi Rabies "