• Bom Pemusnah DIY

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Baja jenis Ammonium Nitrat iaitu bahan yang berpotensi menjadi bahan letupan dikesan mudah didapati terutama di kedai perkakasan pertukangan logam di negara ini.

    Baja terbabit sebenarnya mampu menjadi bahan pemusnah apabila dicampurkan dengan sejumlah bahan tertentu dan ia dilihat sebagai ancaman besar kepada negara jika tiada pengawalan dilaksanakan.

    Individu yang ingin mengeksploitasi bahan itu juga tidak perlu memiliki kemahiran tinggi seperti latihan ketenteraan untuk menghasilkan bahan letupan, sebaliknya hanya mempelajari langkah demi langkah di Internet serta YouTube.

    Lebih membimbangkan, baja jenis itu boleh dibeli sesiapa saja di kebanyakan kedai perkakasan pertukangan dan tiada had jumlah belian ditetapkan.

    Bahan berkenaan bukan saja sering dieksploitasi oleh kumpulan militan seperti Daish, malah sesiapa juga yang ingin melakukan jenayah dengan menghasilkan bahan letupan boleh memanipulasi baja terbabit.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bom Pemusnah DIY "