• Bom Lama Di Sandakan Akan Diletupkan Petang ini

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    SANDAKAN: Beberapa batang jalan di bandar ini akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada tugas meletupkan sebutir bom lama yang dijumpai di tanah lapang bersebelahan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) petang ini.

    Bom tinggalan Perang Dunia Kedua itu seberat 269 kilogram ditemui pada Jumaat lalu ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan jalan raya dilakukan.

    Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata kerja meletupkan bom itu akan dilakukan antara 3 hingga 4 petang.

    Jalan yang akan ditutup ialah Jalan Lintas Utara daripada Bulatan Nasalim hingga Bulatan Helang dan Jalan Kem Tentera berhadapan Pejabat JPJ dan sehubungan itu waktu operasi Pejabat JPJ berkenaan juga akan ditutup mulai 3 petang, katanya dalan satu kenyataan.

    Beliau menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan jalan alternatif manakala penduduk setempat tidak perlu merasa panik dan menjauhi kawasan berkenaan. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Bom Lama Di Sandakan Akan Diletupkan Petang ini "