• BN Kalah Punca Parlimen Lanang Hilang Banyak Peruntukan

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas menyebabkan kawasan terbabit kehilangan banyak sumber peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

    Kelvin Kong yang merupakan calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Parlimen Lanang berkata, keadaan itu menyebabkan pembangunan di Parlimen Lanang terbantut dan sukar untuk dilaksanakan.

    "Sama ada kita terima atau tidak ini adalah hakikat dan kenyataan politik pembangunan dihadapi sekarang," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Kelvin berharap kerjasama erat antara parti komponen BN dapat dikukuhkan untuk merampas kembali kerusi parlimen tersebut.

    "Kita (SUPP) di bawah kepimpinan Datuk Dr Sim Kui Hian sangat memerlukan sokongan dan dorongan semua dalam menghadapi cabaran," ujarnya.

    Pada PRU 13, BN yang menurunkan Datuk Tiong Thai Ting kalah kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alice Lau Kiong Yieng dengan majoriti 8,630 undi.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " BN Kalah Punca Parlimen Lanang Hilang Banyak Peruntukan "