• Beyonce Kongsi Gambar Anak Kembar

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    Buat kali pertama penyanyi terkenal Beyonce berkongsi wajah anak kembarnya.

    Selepas hampir sebulan melahirkan anak kembarnya itu Beyonce sekali gus mengesahkan nama kembarnya sebagai Sir Carter dan Rumi.

    Beyonce yang berkongsi gambar terbaharu beliau mendukung kembarnya di laman Instagram miliknya dengan kapsyen “Sir Carter and Rumi 1 month today” .

    Sementara itu, nama pasangan kembarnya itu mula diketahui umum apabila Beyonce dan suaminya, Jay Z mendaftarkan nama anak mereka sebagai hak milik.

    Mengambil masa selama sebulan sebelum berkongsi kisah gembira ini melalui laman sosial, ternyata gambar tersebut menjadi tular dalam beberapa minit sahaja.

    Walaupun Jay Z tidak kelihatan dalam gambar itu, namun perkembangan terbaharu ini seakan memberi mesej yang keluarga ini akan berkongsi lebih banyak gambar Sir dan Rumi pada masa hadapan.

    Pasangan yang sebelum ini mempunyai seorang anak Blue Ivy, 5, sangat berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi mereka.

    Beyonce yang sudah mendirikan rumah tangga sejak April 2008 sebelum ini berkongsi gambar kehamilannya pada Januari lalu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Beyonce Kongsi Gambar Anak Kembar "