• Berjaya Elak Kereta Namun Rempuh Tiang Lampu Isyarat

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Berjaya mengelak bertembung dengan kereta namun tiang lampu isyarat pula yang dilanggar. Begitulah nasib seorang lelaki berusia 49 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut berdekatan SMK Siburan tengahari tadi.

    Impak kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami luka di kaki dan hidung.

    Mangsa yang dirawat anggota paramedik Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Kuching di lokasi kejadian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Berjaya Elak Kereta Namun Rempuh Tiang Lampu Isyarat "