• Benarkah Ekonomi Dayak Didiskriminasi?

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+
    Entah dimana asasnya sekatan dan diskriminasi ekonomi terhadap Dayak dalam negeri ini, seperti yang didedahkan seorang pemimpin kanan kerajaan negeri Sarawak? Tidak pula dijelaskan butiran untuk membukti dakwaan yang cukup serius itu, mungkin juga kenyataan itu hanyalah taktik terdesak untuk meraih gelaran ‘hero’ buat seketika.

    Sejak dahulu lagi peluang Dayak dalam ekonomi terbuka luas. Malah diberi keutamaan agar dapat berpeluang mencipta peningkatan ekonomi sendiri.

    Sebagai contoh, jaringan jalanraya telah awal dibina di kawasan Dayak dari Sematan sehingga Lawas. Malah Pan Borneo turut di bina di mana laluannya melalui kawasan majoriti Dayak. Ia bermaksud dengan adanya jalanraya tersebut membuka peluang Dayak untuk terlibat dalam ekonomi terlebih dahulu di mana kawasan tersebut terdapat aktiviti pertanian dan sebagainya.

    Cuma komitmen Dayak sendiri diperlukan untuk memajukan keluarga dan komuniti dalam ekonomi. Jika malas maka akan ketinggalan. Asasnya adalah jatidiri sebenarnya yang membuka peluang dalam ekonomi.

    Pemimpin Dayak juga harus terlibat menyampaikan maklumat tentang kursus serta pendidikan berkenaan Usahawan. Dasar kerajaan jelas memberi peluang kepada Bumiputera untuk menerokai ekonomi dengan ilmu-ilmu yang berguna. Namun jika pemimpin-pemimpin komuniti tidak peka, maka kaum itu sendiri akan terus ketinggalan dalam ekonomi.

    Jadi mana asasnya Dayak disekat dan di diskriminasi dalam bab ekonomi ?

    Ironinya, ramai Dayak berjaya hari ini kerana mereka ini telah berusaha keras dan berani merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan. Jika ia disekat, tidak mungkin mereka ini berjaya pada hari ini. -Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Ekonomi Dayak Didiskriminasi? "