• Belum Ada Sasaran Di Sarawak, PAS Tetap Bertanding Pilihanraya

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Walapun masih belum membuat sasaran untuk memenangi mana-mana parlimen di Sarawak, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan tetap bertanding di pilihanraya dengan harapan untuk mencapai kemenangan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti akan tetap meletakkan calon di beberapa kerusi sebagai saingan.

    “Untuk Parlimen, kita masih belum mempunyai apa-apa sasaran. Tetapi kita tetap masuk pilihan raya dengan harapan untuk mencapai kemenangan," katanya.

    Walaubagaimanapun, dua nama yang disebut untuk dicalonkan dalam PRU depan adalah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraiee dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohd Arifiazul Paijo.

    "Walaupun keputusan telah dibuat tetapi masih belum dapat diumumkan kepada media manakala jumlah kerusi dan senarai calon diumumkan pada masa sesuai,"

    Pada PRU13, parti bertanding di lima kerusi iaitu Sibuti, Kota Samarahan, Batang Sadong, Igan dan Tanjong Manis.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Belum Ada Sasaran Di Sarawak, PAS Tetap Bertanding Pilihanraya "