• Bella Tak Mahu Berpisah

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    Menerusi laporan Utusan online, Bella Astilah, mengakui masih sayangkan suaminya, Aliff Aziz, malah dia mahu mempertahan rumah tangga mereka.

    Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah atau Bella, 23, dia tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini kerana tidak mahu anaknya hidup tidak berbapa jika terlalu menurutkan rasa marah.

    Wanita itu seterusnya menafikan laporan yang mendakwa dia dibelasah oleh suaminya di pusat karaoke itu kelmarin. Sebaliknya Bella berkata, dalam insiden yang berlaku di pusat karaoke itu, dia dan suaminya hanya bergelut untuk merampas telefon bimbit.

    Katanya, selama kami berkahwin, Aliff tidak pernah mengasari mahupun menjentiknya. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah pergelutan untuk merampas telefon bimbit.

    Aliff, 26, yang berasal dari Singapura dilaporkan telah mencederakan isterinya di sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin selepas Bella yang ditemani ibunya pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Afifah Nasir.

    Kata Bella, dia bertindak `menyerbu’ pusat karaoke itu untuk mencari suaminya walaupun sedang berpantang anak sulung mereka demi menyelamatkan rumah tangganya dengan penyanyi dari seberang Tambak itu.

    Bella menganggap apa yang berlaku itu sebagai sebahagian daripada dugaan berumah tangga.

    "Dalam perkahwinan tidak semuanya manis sahaja. Ada kalanya datang dugaan seperti ini dan saya terima dan cuba lakukan apa yang termampu. Lagipun rumah tangga kami baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan.

    "Dia memang suami yang mengambil berat dan sayangkan saya,” katanya

    Tambah Bella, dia kasihankan Aliff kerana apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh orang ketiga.

    Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan anak lelakidiberi nama Mohamad Ayden Adrean yang baru berusia 22 hari. - MD

    Subjects:

  • No Comment to " Bella Tak Mahu Berpisah "