• Beli RM280, Mat Salleh Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    Blogger automotif dari United Kingdom, Ian Seabrook baru-baru ini baru sahaja membeli sebuah Proton Saga Aeroback, edisi terawal kenderaan automotif negara sejak ianya dilancarkan lewat 1980-an.

    Proton Saga Aeroback merupakan edisi 'hatchback' daripada model 'saloon' dimana bonet belakangnya lebih pendek daripada model asalnya.

    Model yang dimiliki oleh Ian adalah model standard bagi pasaran United Kingdom iaitu 1.5 liter enjin Mitsubishi 4G15. Namun, Ian tidak menjelaskan samaada ianya adalah model Megavalve (12 valve) ,Orion II ataupun Magma (8 valve), Single OverHead Cam (SOHV) I4.

    Jelas beliau, kenderaan tersebut dibelinya dengan harga GBP50 atau nilai ringgit semasa, RM280.

    "Kereta ini mempunyai bonet (belakang) yang cantik. Saya memang suka bentuknya - gaya origami dan bentuk yang lebar," ujarnya menerusi akaun Youtubenya, Hub Nut.

    Hasil pemeriksaan lanjut Ian terhadap kenderaan berkenaan mendapati banyak 'parts' tidak berfungsi termasuk 'wiper' depan dan belakang.

    Ujarnya, kerja-kerja membaik pulih akan mengambil masa yang panjang dan Ian menyatakan tidak sabar untuk memulakan kerja-kerja 'restoration' terhadap kenderaan terbabit.

    "Banyak (kemasan) plastik kelabu, hampir sama dengan (Mitsubish) Colt. Ia mempunyai pusingan tuil pengelap cermin yang sama. Cuma terlalu banyak (kemasan) kelabu," ujarnya.

    Laman web says.com melaporkan, posting Ian mendapat perhatian netizen dari kalangan warga Malaysia.

    Rata-ratanya memberi gambaran gembira melihat warga asing berpuas hati dengan pandangan Ian terhadap kenderaan 'retro' tersebut.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Beli RM280, Mat Salleh Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback "