• Bekas Penyerang Chelsea Takut Kucing

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Sungguhpun tangkas di padang berdepan lawan pada setiap aksi bola sepak, bekas penyerang kelab bola sepak gergasi, Chelsea, Mikael Forssell ini kalah apabila terserempak dengan 'si bulus'.

    Malah, Forssell yang merupakan bekas penyerang Chelsea dan kelab Birmingham City mengakui pernah tidak hadir sesi latihan harian kelabnya apabila seekor kucing berada berhampiran keretanya.

    Memetik laporan Mstar, Forssell kini berkhidmat didalam sebuah kelab di Jerman, VFL Bochum.

    Takut terhadap kucing bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, ianya digelar Ailurophobia.

    Forssell bukan sahaja memiliki fobia berkenaan, malah mendakwa mempunyai alergik terhadap binatang tersebut.

    ”Saya alergi pada kucing… saya perlu pergi latihan… separuh ketakutan…(kucing itu) duduk di sana sudah 20 minit menggosok badan pada getah (tayar)," katanya dipetik twitter beliau.

    Forssell, 33, merupakan bekas pemain Finland, pernah mewakili Hannover di Bundesliga sebelum kembali menyertai Leeds United.

    Aksinya bersama Chelsea dan Birmingham sekitar tahun 1998-2008 sewaktu beliau menyertai Liga Perdana Inggeris, dengan rekod 50 gol.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Penyerang Chelsea Takut Kucing "