• Bayi Pindah Hati Di China Pulang Ke Malaysia

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Bayi perempuan, Alfieya Masri, 12 bulan, yang menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji di Sekolah Perubatan Universiti Jiao Tong, Shanghai, China pada 16 Jun lalu, bakal pulang ke negeri ini pada akhir bulan ini.

    Ibunya, Norazreena Ahmad, 36, berkata, keadaan anak bongsunya semakin baik walaupun pada awalnya mengalami demam dan dipantau doktor sepanjang masa.

    Menurutnya, dia yang menderma sebahagian hati untuk Alfieya masih menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

    “Kami dalam keadaan stabil dan saya mampu bergerak seperti sebelumnya, manakala Alfieya juga semakin ceria serta sihat.

    “Warna kekuningan di mata dan wajah Alfieya sudah turun dan doktor mengesahkan keadaannya semakin sembuh,” katanya menerusi perbualan aplikasi WhatsApp, di sini, semalam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Pindah Hati Di China Pulang Ke Malaysia "