• Bayi Lahir 2017 Dijangka Boleh Hidup 74.8 Tahun

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia yang dilahirkan pada tahun ini dijangka boleh hidup sehingga berumur 74.8 tahun.

    Mengikut Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2015-2017 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, jangkaan itu meningkat sebanyak 0.5 tahun berbanding 74.3 tahun bagi bayi yang lahir pada 2011.

    Menurut jabatan itu, jangkaan hayat bagi perempuan yang lahir pada tahun ini adalah 77.4 tahun manakala bayi lelaki 72.7 tahun.

    "Jangkaan hayat ini terus meningkat dari tahun ke tahun dengan perbezaan 0.6 tahun bagi lelaki dan perempuan berbanding 2011," kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya jadual hayat itu dijana dengan menggunakan statistik kematian bagi tempoh tiga tahun dan anggaran penduduk pertengahan tahun.

    Jangkaan hayat tertinggi mengikut negeri pula dicatatkan oleh Sarawak dengan 75.1 tahun (lelaki) dan 78.6 tahun (wanita), manakala yang terendah dicatatkan oleh Terengganu dengan 68.8 tahun (lelaki) dan 74.6 tahun (wanita).

    Ia berkata seorang lelaki yang berumur 65 tahun ketika ini dijangka hidup selama 15.0 tahun lagi dan wanita pula dijangka hidup selama 17.1 tahun lagi.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Lahir 2017 Dijangka Boleh Hidup 74.8 Tahun "