• Bapa Zombie Meninggal Dunia

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+


    NEW YORK: George A.Romero, pembikin filem bergenre zombie Night of the Living Dead dan beberapa siri sekuelnya yang memberikan kesan besar dalam industri filem seram telah meninggalkan dunia pada Ahad.

    George meninggal dunia pada usia 77 tahun di sebuah hospital di Toronto, Kanada kerana berpunca daripada barah paru-paru.

    Berita sedih itu disampaikan oleh rakan perniagaannya, Peter Grunwald.

    George menulis skrip dan mengarahkan filem klasik tahun 1968 mengenai orang mati yang hidup semula untuk memakan daging orang hidup.

    Sebanyak lima sekuel termasuk filem pecah panggung, Dawn of the Dead yang dihasilkan pada 1978.

    "Seorang legenda sebenar. Mencipta genre baharu dengan sendiri. Siapa lagi yang boleh mendakwa perkara itu (mengaku mereka genre zombie)," tulis pelakon Kumail Nanjiani di Twitter.

    Kata Peter kepara Reuters, George yang dilahirkan di Bronx, New York telah mempengaruhi generasi pembikin filem seperti Quentin Tarantino, Guillermo del Toro, Robert Rodriguez dan mendiang Wes Craven.

    Legenda itu memiliki sebuah syarikat produksi komersial yang kecil ketika dia meyakinkan sembilan yang lain untuk melabur ke dalam filem  Night of the Living Dead.-mStar




    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Zombie Meninggal Dunia "