• Bank Rakyat Kota Padawan Rai Pelanggan Dengan Ramah-Tamah Aidilfitri

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Umat Islam sudah 17 hari umat Islam menyambut Syawal namun kemeriahannya masih terasa dengan penganjuran ramah-tamah dan rumah terbuka Aidilfitri anjuran pelbagai pihak.

    Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan turut tidak terkecuali meraikan Aidilfitri dengan menganjurkan ramah-tamah bagi meraikan pelanggan mereka.

    Pengurus Cawangannya, Abd Razak Mohd Atan berkata, ramah-tamah tersebut diadakan secara serentak di seluruh negara untuk meraikan pelanggan Bank Rakyat.

    "Memang setiap tahun kita mengadakan majlis seperti ini. Malah seluruh cawangan Bank Rakyat  turut mengadakan majlis sama hari ini," katanya.

    Pada majlis tersebut, Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan turut menyampaikan Zakat Pelajar kepada 94 kanak-kanak Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah yang diwakili Pengerusi Ahli Lembaga Pelawatnya Nor Hisham Mohamed.

    Sementara itu, Razak berkata, Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan muncul cawangan terbaik di seluruh negara tahun lepas

    "Setakat Jun tahun ini, kita masih unggul sebagai cawangan terbaik," ujarnya.

    Antara faktor penyumbang kepada kejayaan tersebut menurutnya adalah disebabkan bilangan pengeluaran pinjaman, pelanggan dan keuntungan yang banyak.-Sarawakiana





  • No Comment to " Bank Rakyat Kota Padawan Rai Pelanggan Dengan Ramah-Tamah Aidilfitri "